Friday, January 29, 2010

MEMO

MEMO

Peringatan kepada semua pelajar Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial

Berikut tarikh-tarikh penting kepada calon-calon Persatuan Mahasiswa Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial:-

25 Januari 2010 : Borang permohonan Persatuan Mahasiswa Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial

2 Februari 2010 : Penghantaran akhir borang pencalonan

3 Februari 2010 : Mesyuarat Agung Persatuan Mahasiswa Sekolah Psikologi Dan Kerja dan pembubaran

9 Februari 2010 : Pengundian

Segala keperihatinan anda semua amat dihargai

Borang permohonan Pencalonan

PENGUMUMAN

Borang permohonan Pencalonan Persatuan Mahasiswa Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial dibuka sekarang. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang tersebut di Pejabat Am Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial tingkat 2 dengan harga RM 5.

Saturday, January 23, 2010

Kursus Kepimpinan Exco Dan Sekretariat




program Kecemerlangan jati diri SMK Badin





Jalinan Ramadhan






Program ini dijalankan adalah berdasarkan keperihatinan mahasiswa terhadap anak-anak yatim tersebut. Perkara pertama yang dilihat ialah dari segi aplikasi penghayatan motivasi anak-anak yatim itu sendiri. Mahasiswa Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial perlunya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari melalui program kemasyarakatan ini bagi mengelakan mahasiswa berasa janggal atau kekok apabila berada di dalam masyarakat nanti. Di samping itu juga progam ini merupakan salah satu persediaan awal kepada mahasiswa dalam proses memotivasikan dan membimbing pelajar sekolah dalam apa jua masalah atau cabaran yang bakal ditempuhi pada masa kini seperti yang telah dipelajari.

Selain itu perlunya mahasiswa membangunkan diri untuk menjadi modal insan yang bermotivasi tinggi. Dengan pembentukan modal insan ini, mahasiswa dapat menyemarakkan lagi semangat anak-anak yatim untuk bertekad cemerlang menghadapi peperiksaan yang bakal mereka hadapi. Justeru itu, motivasi dan keazaman yang dibawa ini dapat membentuk insan yang cemerlang bukan sahaja dari bidang akademik malah nilai moral dan peribadi.

Disamping itu, program ini sedikit sebanyak dapat memperkenalkan Universiti Malaysia Sabah kepada masyarakat setempat sehinga dapat mewujudkan hubungan dan kerjasama antara program, melibatkan pelajar Tahun Satu dan Dua Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (PSIKO-SISWA) dengan anak-anak yatim justeru penduduk di kawasan berkenaan. Selain itu, kerjasama antara pelbagai agensi juga dapat dibentuk melalui proses perjalanan program ini. Dengan ini dapat melatih mahasiswa berkomunikasi dan bersosial dengan kaedah yang betul.

1. Memperkenalkan Universiti Malaysia Sabah sebagai sebuah institusi yang setanding dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain kepada para pelajar.

2. Memberi peluang kepada mahasiswa dan pelajar sekolah menyumbang tenaga dan idea dalam usaha pembangunan Modal Insan (iaitu anak yatim dan mahasiswa itu sendiri).

3. Membantu anak yatim dalam meningkatkan motivasi untuk terus belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

4. Memberi pendedahan kepada anak-anak yatim tentang halatuju mereka selepas tamat persekolahan nanti.

5. Mewujudkan hubungan silaturahim dengan anak-anak yatim yang terlibat khasnya dan penduduk di sekitar tersebut.

Minggu Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial 2009

Minggu Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial 2009 merupakan satu aktiviti yang besar dan bermanfaat kepada semua mahasiswa/I UMS. Dalam sepanjang minggu ini setiap program-HA13,HA16,HA19,HA20 dan HA 52 akan menyediakan pameran, forum, bengkel, ceramah dan klinik untuk memperkenalkan program masing-masing serta berkongsikan ilmu dalam program itu dengan mahasiwa/I dan pensyarah UMS . Sepanjang 5 hari ini, setiap hari mempunyai tema yang berlainan, iaitu hari pertama temanya adalah berkaitan dengan HA 13 -“Psikologi Industri dan Organisasi” ; hari kedua temanya adalah berkaitan dengan HA16- “Pembanguanan Belia dan Komuniti”; hari ketiga temanya adalah berkaitan dengan HA 19 -“Psikologi Kaunseling” ; hari keempat temanya adalah berkaitan dengan HA20-“Psikologi kanak-kanak” dan akhirnya hari kelima tema yang berkaitan dengan kerja sosial. Dalam program ini, setiap kursus juga digalakkan mendapat peruntukan wang untuk program masing-masing dengan kaedah yang inovasi dan kreatif , misalnya melalui Jualan amal, menawar perkhidmatan dan sebagainya. Untuk menambah kualiti pameran dan narik minat mahasiwa/i, kami juga akan menyemput SABAH SOCIETY SERVICES COUCIL dan SABAH WOMEN AFFAIRS UNIT menjadi rakan penganjur serta memberi keterangan tentang fungsi dan peranan meraka.

PROGRAM LAWATAN MUHIBBAH

PROGRAM LAWATAN MUHIBBAH 2009 ini merupakan satu usaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak SMK Datu Paduka Mat Salleh Ranau dengan Universiti Malaysia Sabah. Program ini akan diadakan pada tarikh dan masa seperti yang telah dinyatakan di atas. Manakala tempat pula adalah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Datu Paduka Mat Salleh Ranau. Program ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan antara pihak SMK Datu Paduka Mat Salleh Ranau dengan mahasiswa/i SPKS. Hasil daripada hubungan erat yang terjalin ini juga akan mewujudkan hubungan mentor menti di antara pelajar sekolah dengan mahasiswa/i SPKS. Hal ini akan menjadi bukti bahawa pihak UMS merupakan salah satu IPTA yang mempunyai hubungan erat dengan masyarakat setempat

.

i. Mengeratkan hubungan antara SMK Datu Paduka Mat Salleh Ranau dengan UMS.

ii. Menyuntik semangat pelajar sekolah dalam usaha untuk menuju ke menara gading

iii. Mewujudkan hubungan erat antara mahasiswa/i dengan golongan masyarakat setempat.